Tuesday, February 15, 2011

salam.....

 Aritkel ni aku amik dalam blog Al-alorstari.... silalah baca

Isu Pergolakkan Di Tunisia dan Mesir


Di Tunisia berlakunya revolusi baru-baru ini berpunca apabila rakyat tidak berpuas hati di atas kezaliman pemimpin melalui isu pemuda penjual sayur jalanan yang bernama Muhammad Bouazizi yang ditindas di satu daerah 300 km di Selatan Tunisia. Pemuda yang miskin dan kematian ayahnya namun berpendidikan sarjana hanya menjadi penjual sayur jalanan selama 7 tahun namun ditindas begitu rupa dengan amalan rasuah dikalangan pegawai atasan pemerintahan. Atas kelemahan iman dan tekanan hidup keluarga serta dihalang untuk berniaga, akhirnya beliau membuat keputusan mencurah minyak di badannya lansung membunuh diri. Isu inilah yang menjadi kemarahan rakyat Tunisia menumbangkan rejim perintahan diktator Ben Ali serta merebak ke Mesir.

Isu ini menjadi ulasan pakar-pakar serta wartawan Tanah Arab dan seluroh dunia. Bari Atwan, yang pernah menulis buku The Secret History of Al-Qa'ida memberikan pandangan kepada sekutu Tunisia, Amarika agar menyiapkan sebuah pulau di Kepulauan Pasifik untuk menerima sekutu Arab dan para diktaktor lainnya.

Pakar politik Arab, Hussein Majdoubi mengandaikan kemungkinan akan terjadinya revolusi serupa di Tunisia menjangkiti ke negara-negara Arab lainnya dan sekarang ini adalah Mesir. Beliau juga kecewa dengan Barat yang terus menerus memberikan dukungan dan sokongan kepada para diktaktor Arab.

Clovis Maksoud, bekas wakil Liga Arab untuk PBB mengatakan revolusi Tunisia menjadi pemangkin kepada kejatuhan dunia Arab dan sekarang Mesir di dalam proses kejatuhan sewaktu di wawancara dengan ‘Press TV”.

Yvonne Ridley, wartawan Muslimah yang juga seorang mualaf asal London, UK, berpendapat isu di Tunisai dan Mesir menghasilan rakyat yang tidak takut kepada pemerintah dan juga pendukung rejim iaitu Barat dan Amerika.

Ulasan Dan Pandangan :

Kata Utbah ibn Ghazwan r.a di dalam khutbah beliau yang di riwayatkan oleh Khalid bin Umair al Adawiy r.a ,” Dan sesungguhnya aku telah melihat keadaanku yang ketika itu aku adalah orang yang ke tujuh dari tujuh orang yang bersama Rasulullah saw dan kami tidak memperolehi sesuatu apa pun untuk dimakan kecuali daun-daun pokok sehingga bibir dan rongga-rongga mulut kami luka dan bernanah. Kemudian aku meminta sehelai kain kasar (buat menutup badan dari kesejukan), lalu aku memotongnya menjadi dua bahagian. Sebahagian untuk aku dan sebahagian untuk Saad bin Malik r.a. Sebahagian aku pakai dan bahagian satu lagi dipakai oleh Saad.

Namun pada hari ini, setiap seorang dari kami semuanya telah menjadi amir/Gabnor (pemimpin) dari setiap bandar dari beberapa bandar. Dan sesungguhnya aku berlindung dengan Allah swt dari merasa diriku besar di dalam pandanganku sedangkan pada pandangan Allah aku adalah terlalu kerdil. Dan sesungguhnya tiada akan ujud pemerintahan berdasarkan “Nubuwwah” sedikit pun sehingga ianya akan berubah dan dihujungnya(akhirnya) akan berdiri kerajaan (mulkan)yang akan bersifat keduniaan semata. Maka pada masa mendatang nanti kamu akan mengalami amir-amir (pemrintah) tidak lagi seperti kami.” (Hadis riwayat Muslim No. 7435)

Jelas dari hadis di atas, selepas zaman sahabat tidak lagi ujud pemerintahan yang meletakan “Nubuwaah” di tempat teratas. Maksudnya wujudnya pemerintahan yang meletakan usaha kenabian di tempat tertinggi serta setiap pemimpin dan rakyat bersifat daie yang hasilnya keadilan tertegak dan kehidupan dunia penuh dengan kezuhudan manakala akhirat sangat-sangat dicantai serta menjadi matlamat. Ini sebagaimana pandangan Imam Kurtubi di dalam “Takmilah Fathul mulhim”VI/447.

Apabila pemimpin negara serta pegawainya bermatlamat dunia semata maka akan didapati keadilan tidak akan boleh ditegakkan di dalam masyarakat. Bila keadilan tidak diletakkan pada haknya maka ketika itu tersebarlah pertumpahan darah dan pembunuhan sebagaimana hadis riwayat Imam Malik rah di dalam Muwatha’ No.476.

Apa pun yang jelas dari hadis di atas, sifat pemerintah seperti Rasulullah saw dan sahabat Nabi tidak lagi ujud di muka bumi ini kerana ketiadaan kerajaan yang bersifat “nubuwah” di dalam pemerintaahan hari ini yang mana dakwah menjadi matlamat serta tugas besar umat ini.

Semua ini telah ujud di masa itu dan Ianya terbukti dengan hijranya Nabi saw ke Madinah yang bermatlamatkan dakwah. Ini sebagaimana hadis Rasulullah saw riwayat Aisyah ra.

Aisyah ra berkata,”Tatkala Rasulullah saw sampai di Madinah maka berkatalah (berdendanglah) wanita dan anak-anak:” Telah muncul bulan purnama ke atas kami, munculnya dari Thaniah Wada’ (Mekah). Dan wajibalah ke atas kami bersyukur selama masih ada daie yang menyeru (kepada agama Allah swt).” (Riwayat Imam Baihaqi di dalam Dalail An Nubuwwah 2/506).

Peranan kita yang termampu kita buat adalah dengan meningkatkan pengorbanan atas ugama dengan membentuk jemaah seramai mukin di dalam dan luar negara mengembalikan kekuatan ummah dengan proses yang di lakukan oleh umat awal iaitu “dakwah ilalallah”. Agar dengan itu akan ujud suasana agama dan takwa di dalam masyarakat dan ummat. Bila ini ujud maka Insyallah keadilan dan kepimpinan yang adil akan di zahirkan oleh Allah swt. Ini sebagaimana hadis Rasulullah saw:

Dari Abu Darda ra telah berkata, Rasulullah saw telah bersabda,” Allah swt berfirman ; Aku adalah Allah tidak ada tuhan melainkan Aku. Akulah Raja di atas segala raja-raja. Hati raja-raja di dalam genggamanKu. Bilamana manusia mentaati aku maka aku menukarkan hati raja-raja menjadi kasihbelas serta sayang ketas mereka(rakyat). Bila mereka tidak taat(mengingkari) Aku . maka Aku akan memalingkan hati raja-raja ke arah kemarahan dan dendam ke atas mereka(rakyat). Dan dengan demikian raja-raja akan membuatkan mereka di dalam kesusahan dan penderitaan. Dan daripada kamu mengutuki mereka, kembalilah mengingati Aku dan merayu (kepada Aku) supaya Aku melindungi kamu dari kekejaman mereka.” (Alitidal : 111)

Wallahualam.

Friday, January 7, 2011

Maksiat

Kehidupan seharian kita tidak akan lari daripada dua perkara, sama ada berada dalam maksiat atau taat.

Apabila Rasullulah s.a.w menyebut "halawah-al-iman" (kemanisan iman), fahamlah kita bahawa iman itu manis. Taat kepada Allah itu manis. Membaca Al-Quran, solat berjemaah, menghadiri majlis ilmu, qiamullail dan sebagainya, semua itu manis.

Namun, kenapa sukar benar merasai kemanisan ini?

Mungkin kerana hati kita sedang berlazat-lazat dengan maksiat hinggakan maksiat itu terasa manis. Maka, hilanglah lazat dalam ketaatan. Bahkan ketaatan terasa tawar dan pahit. Taat dan maksiat takkan bertemu dalam situasi hati yang sama.
Persoalannya, lazat sangatkah maksiat sehingga kebanyakan kita lebih sanggup memilih maksiat berbanding taat? Terlalu banyak akibat maksiat yang akan menekan kita setelah melakukannya. Tika itu, masih lazatkah jiwa? Mari kita telusuri beberapa akibat maksiat.

1) Tidak Memberi Cahaya dalam Hidup

Usia remaja seharusnya difokuskan untuk mempersiapkan diri dengan ilmu bersungguh-sungguh.  Seterusnya proses menuntut ilmu itu berterusan sehingga ke liang lahad.

Namun, jika hidup disibukkan dengan maksiat, masih adakah ruang untuk ilmu melekat?

Mungkin ada yang keliru, "Kenapa ada kawan saya ni, Nampak enjoy je selalu, tapi bila peperiksaan dapat cemerlang juga?"

Banyak tafsiran yang boleh dibuat daripada situasi ini.

Remaja itu mungkin tidak nampak bila kawannya belajar. Menjadi sunnatullah, sesiapa yang berusaha dia akan dapat.

Walaubagaimanapun, sesiapa yang berusaha mendapatkan ilmu dalam keadaan dia bergelumang maksiat, ilmu itu tidak akan memberi cahaya dalam hidupnya untuk mencapai kedudukan yang mulia di sisi Allah sama ada di dunia ataupun akhirat.

Kalau begitu pun kawannya cemerlang tanpa belajar malah sibuk dengan maksiat lagi, maka haruslah difahami bahawa itu nasibnya ketika itu sahaja. Sikap itu tidak akan menjamin kejayaannya pada masa-masa akan datang.

Sijil yang bakal digenggamnya hanya melambangkan ilmunya sekadar teori tanpa kualiti. Tidak akan ada berkat. Tidak akan ke mana-mana.

Jadi kenapa remaja harus memilih untuk meniru maksiatnya? Apakah perlu untuk cemerlang sepertinya dengan melakukan maksiat? Sah, kena tipu dek syaitan!

Imam al-Syafi' pernah mengadu kepada gurunya Waki' mengenai hafalannya yang terjejas. Waki' lantas menasihatkannya, "Tinggalkan maksiat."

2)Disempitkan Hidup

Sama ada kita kaya atau miskin, jika kita suka berlazat dengan maksiat, hidup akan terasa sempit.
Wahai remaja, adakah anda melihat seorang pemimpin berwibawa yang skandal seksnya terbongkar itu tenang hidupnya?
Adakah si miskin yang mencari rezeki dengan mencuri itu tenang hidupnya?
Adakah artis terkenal yang bebas berkepit dengan mana-mana pasangan itu tenang hidupnya?
Tidak! Tidak! Jiwa mereka akan jatuh miskin kerana maksiat. Jiwa mereka gersang. Yang ada hanyalah kerisauan dan kesepian hati.

Jika tujuh gunung emas dibentangkan di hadapannya, ia takkan mampu menjadi penawar terhadap kebimbangannya akibat daripada maksiat. Bukan sahaja Allah akan menghukum, malah di dunia lagi masyarakat akan menghukumnya. Tekanan akan lebih membunuh  jiwanya apabila ditikam perasaan terasing.
Lebih-lebih lagi apabila keluarga dan rakan baik mula menjauhkan diri darinya. Dia tentu bertambah sukar menghindari maksiat malah mungkin mencari penyelesaiannya dengan maksiat baru pula. Maksiat itu bukan sahaja menyempitkan jiwa malah menyempitkan harta. Dalam Musnad Imam Ahmad diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya seseorang hamba tidak akan mendapat rezeki kerana dosa yang dilakukannya."

Jelas ketaatan itu melimpahkan kekayaan, sebaliknya maksiat mendorong kepada kefakiran jiwa dan harta. Bukan itu sahaja, penggemar maksiat akan menemui kesulitan dalam urusannya dan jalan buntu dalam banyak perkara.

3).Melemahkan Hati dan Badan

Kekuatan Mukmin adalah pada hatinya. Ia raja kepada anggota badan. Apabila hatinya kuat, maka anggotanya kuat dan tindakannya juga bermanfaat.
Ahli maksiat, biarpun badannya kuat tetapi hatinya lemah dan sentiasa gelisah. Bayangkan kekuatan orang Parsi dan Rumawi yang tamadunnya sangat pesat dan memiliki kekuatan perang yang lengkap namun dapat ditundukkan oleh generasi para sahabat yang lebih kuat hatinya.

Abdulah bin Abbas berkata: ''Sesungguhnya pada kebaikan itu ada cahaya pada wajah, sinar pada hati, kelapangan pada rezeki dan kekuatan pada badan serta kecintaan di hati ramai orang terhadap dirinya'' .

Paling menakutkan, ahli maksiat akan dihukum Allah dalam bentuk lemah anggota badannya untuk melaksanakan ketaatan, terputus jalan-jalan kebaikan baginya dan kemudian mati dalam kemaksiatan. Sewaktu dibangkitkan kelak, diri pasti mengeluh kesal.

"Aduhai, sekiranya dulu aku berbuat sesuatu untuk hidupku sekarang ini" (surah al-Fajr 89:24).

Sama-sama kita muhasabah semula diri kita. Lihat sejauh mana kemaksiatan dalam diri yang masih menghalang dari kita untuk mendapat keberkatan dalam diri. Wallahua'lam.

http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/1446-lazatkah-maksiat.html


Artikel dipetik dari Majalah Solusi Isu No. 23 yang ditulis oleh Ustazah Fatimah Syarha Bt Mohd Noordin. Beliau merupakan kolumnis tetap bagi majalah Solusi di dalam ruangan Remaja.

Friday, December 31, 2010

Tahun Baru

salam....
Hari ni 31 haribulan 12...maksudnya nak masuk tahun baru 2011 masihi..menjadi budaya kat malaysia ni anak2 muda melepak kt merata town nak sambut tahun baru kononnya..x kira melayu, cina, india, sikh, iban, dayak, boyan, minang bak kate semua ada la..xkira agama apa, islam, kristian, hindu, buddha, yang xda agama pun join skali nak sambut tahun baru...apa motifnya? aku pun x tau..
Bila ditanya pada bdak melayu sbb apa sambut mereka kata saja suka2, release tension, boring dok rumah dan mcm2 alasan lagi la...bila time2 cam ni la bdak2 yang becouple kluar nak sambut tahun baru bersama orng tersayang..sayang la sangat!.. tiap tahun kita dengar berita mcm2 perkara yg berlaku masa sambutan tahun baru ni terutamanya perbuatan maksiat..benda2 macam susah nak elak sbb syaitan laknatullah akan memaminkan peranan besar dalam membuat strategi menjerumuskan anak2 muda melayu yg islam ni terjerumus kedalam kancah maksiat. Syaitan pun guna strategi jgak tau, korang ingat skuad harimau malaya je ada strategi...
macam2 jenis maksiat yg dibuat, bercampur laki pompuan satu hal, yg tonggang arak satu hal, yg seks kat blakang pokok bunga satu hal dan mcm2 lagi la..bnayak klu nak sebut. Persoalannya, mengapa semua ni berlaku? Punca utama yang menyebabkan ini berlaku ialah kerana kelemahan Iman...sbb apa aku kate puncanya dari kelemahan iman dan bkn sbb lain2..kerana dengan cahaya iman lah dapat membantu kita mengelakkan perkara2 maksiat  ni..nak kate xde ilmu? aku x stuju sbb aku pasti semua orng tau halal n haram tapi masih jgak buat maksiat..bukan x tau minum arak haram, tp minum jgak,,bukan x tau bercampur lelaki pompuan yg bukan mahram haram campur jgak, bukan x tau berzina haram, tp buat jgak yg jadi mangsa pokok bunga..(kesian pokok bunga)
Seseorang x kan mencuri kecuali sempurna imanyanya, seseorang xkan minum arak kecuali sempurna imannya, seseorang xkan berzina kecuali sempurna imannya..Perkara ni telah dijelaskan dalam hadith Nabi s.a.w..boleh rujuk kitab2 hadith klu nak tau lebih lanjut..aku x berapa ingat hadith tu...So, itulah punya sebenar mengapa gejala maksiat berleluasa...sbb masalah iman.!!
Jadi penyelesaian yang terbaik ialah kita semua kena usaha atas iman masing2..sbb kekuatan iman ni x boleh diwarisi dri nenek moyang kita..masing2 kena usaha iman diri sendiri...Banyak cara nak tingkatkan iman kita, antaranya ialah dengan menggunakan pancaindra such as mata dengan melihat kebesaran Allah, lihat lah ciptaan2 yg dijadikan Allah S.W.T seperti gunung ganang, awan, matahari, bulan bintang2.dengan melihat ciptaan2 Allah, maka kita akan terasa kehebatan dan keagunganNya..so, kenyakinan kita akan bertambah pada maha pencipta...kedua, gunakan telinga untuk mendengar tentang kebesaran Allah, nak dapat kene duduk dalam majlis ilmu lah kan..duk dalam tandas mana nak dapat..x gitu..
Cara yg terbaik ialah kita melapangkan sedikit masa kita untuk keluar di jalan Allah S.w.t..maksudnya, kita lapangkan la masa2 terluang kita untuk berada dirumah Allah (masjid2 atau surau2) untuk masa tertentu supaya dapat belajar ilmu Allah yg maha luas....tujuannya supaya kita dapat mempelajari menggunakan mulut kita supaya bercakap mengenai kesbesaran dan kehebatan Allah S.W.T..pada masa yang sama kita dapat belajar mengenai sunnah2 Rasullullah s.a.w...
Esok aku akan lapangkan masa satu hari bersama dengan beberapa rakan yg lain di masjid untuk belajar membetulkan iman dan meningkatkan iman disamping dapat belajar menghidupkan sunnah2 Nabi...Ada sesiapa yg nak join...jom beramai2..xkena bayaran pun, bawak baju, tuala, selimut dan bawak diri skali..

Monday, December 6, 2010

Azam tahun baru.........

Hari ni dah masuk tahun baru dlm kelendar islam...Setiap tahun baru ramai yang wat azam baru atau berniat untuk melakukan sesuatu, x kira la dari segi apa pun..ada yg berazam nak melakukan perubahan dalam hidup dari segi ekonomi, ada yg berazam nak meninggalkan tabiat2 buruk, ada yg berazam nak belajar lagi rajin..macam2 azam dan niat yang dibuat setiap kali masuk tahun baru..Tp yg menjadi persoalannya, adakah azam dn niat yg dibuat tahun2 sebelumnya dah tercapai atau sekadar melepaskan batuk ditangga.?ape2 aje...

Mengimbau semula pengorbanan yg dilakukan oleh org2 terdahulu..(Rasulullah dan Sahabat2)..jika kita baca sejarah penghijrahan mereka maka sedikit sebanyak kita akan mengetahui betapa tinggi pengorbanan mereka ssemua..dasarnya adalah satu iaitu menurut perintah Allah bagi menegakkan dan menyebarkan agama Islam...Mereka2 yg melakukan penghijrahan bersama Rasulullah adalah golongan yg mempunyai asas keyakinan dan iman yg mantap..Dipendekkan cerita, bila kaum muhajirin yg membuat penghijrahan disambut baik oleh golongan ansar yakni adanya hijrah dan nusrah maka tersebarlah Hidayah..

So, kita tanya balik la kat diri kita (aku la terutamanya), pengorbanan apa yg telah kita buat, penghijrahan apa yg kita tlah buat untuk agama kita..
Adakah hanya sekadar penghijrahan atau pengorbanan untuk melonggokkan duit dlam bank, atau pengorbanan yg dibuat untuk kekasih (khususnya yg bercouple2 ni) yg belum ada ikatan yg sah pun, atau ape2 aje lah...Berbalik semula pada azam dan niat tahun baru. Azam dan niat yg mcm mana kita nak buat terpulanglah kat diri masing2..bak kata pepatah, tepuk dada tanya iman..Ape2 aje..

Friday, December 3, 2010

Salam...

Hari ni hari jumaat.. mggu depan dah start short sem dah..mcm2 la unimap ni..ade je benda diorang nak wat.. lapan hari bulan ada present plak..slide tuk present lom wat lagi ni..adoi, xde idea na wat apa. ahad ni supervisor nak tgk slide dah..erm, tepaksa la kena wat jgak...dah la aku ni malas..ape2 aje!