salam....
Hari ni 31 haribulan 12...maksudnya nak masuk tahun baru 2011 masihi..menjadi budaya kat malaysia ni anak2 muda melepak kt merata town nak sambut tahun baru kononnya..x kira melayu, cina, india, sikh, iban, dayak, boyan, minang bak kate semua ada la..xkira agama apa, islam, kristian, hindu, buddha, yang xda agama pun join skali nak sambut tahun baru...apa motifnya? aku pun x tau..
Bila ditanya pada bdak melayu sbb apa sambut mereka kata saja suka2, release tension, boring dok rumah dan mcm2 alasan lagi la...bila time2 cam ni la bdak2 yang becouple kluar nak sambut tahun baru bersama orng tersayang..sayang la sangat!.. tiap tahun kita dengar berita mcm2 perkara yg berlaku masa sambutan tahun baru ni terutamanya perbuatan maksiat..benda2 macam susah nak elak sbb syaitan laknatullah akan memaminkan peranan besar dalam membuat strategi menjerumuskan anak2 muda melayu yg islam ni terjerumus kedalam kancah maksiat. Syaitan pun guna strategi jgak tau, korang ingat skuad harimau malaya je ada strategi...
macam2 jenis maksiat yg dibuat, bercampur laki pompuan satu hal, yg tonggang arak satu hal, yg seks kat blakang pokok bunga satu hal dan mcm2 lagi la..bnayak klu nak sebut. Persoalannya, mengapa semua ni berlaku? Punca utama yang menyebabkan ini berlaku ialah kerana kelemahan Iman...sbb apa aku kate puncanya dari kelemahan iman dan bkn sbb lain2..kerana dengan cahaya iman lah dapat membantu kita mengelakkan perkara2 maksiat ni..nak kate xde ilmu? aku x stuju sbb aku pasti semua orng tau halal n haram tapi masih jgak buat maksiat..bukan x tau minum arak haram, tp minum jgak,,bukan x tau bercampur lelaki pompuan yg bukan mahram haram campur jgak, bukan x tau berzina haram, tp buat jgak yg jadi mangsa pokok bunga..(kesian pokok bunga)
Seseorang x kan mencuri kecuali sempurna imanyanya, seseorang xkan minum arak kecuali sempurna imannya, seseorang xkan berzina kecuali sempurna imannya..Perkara ni telah dijelaskan dalam hadith Nabi s.a.w..boleh rujuk kitab2 hadith klu nak tau lebih lanjut..aku x berapa ingat hadith tu...So, itulah punya sebenar mengapa gejala maksiat berleluasa...sbb masalah iman.!!
Jadi penyelesaian yang terbaik ialah kita semua kena usaha atas iman masing2..sbb kekuatan iman ni x boleh diwarisi dri nenek moyang kita..masing2 kena usaha iman diri sendiri...Banyak cara nak tingkatkan iman kita, antaranya ialah dengan menggunakan pancaindra such as mata dengan melihat kebesaran Allah, lihat lah ciptaan2 yg dijadikan Allah S.W.T seperti gunung ganang, awan, matahari, bulan bintang2.dengan melihat ciptaan2 Allah, maka kita akan terasa kehebatan dan keagunganNya..so, kenyakinan kita akan bertambah pada maha pencipta...kedua, gunakan telinga untuk mendengar tentang kebesaran Allah, nak dapat kene duduk dalam majlis ilmu lah kan..duk dalam tandas mana nak dapat..x gitu..
Cara yg terbaik ialah kita melapangkan sedikit masa kita untuk keluar di jalan Allah S.w.t..maksudnya, kita lapangkan la masa2 terluang kita untuk berada dirumah Allah (masjid2 atau surau2) untuk masa tertentu supaya dapat belajar ilmu Allah yg maha luas....tujuannya supaya kita dapat mempelajari menggunakan mulut kita supaya bercakap mengenai kesbesaran dan kehebatan Allah S.W.T..pada masa yang sama kita dapat belajar mengenai sunnah2 Rasullullah s.a.w...
Esok aku akan lapangkan masa satu hari bersama dengan beberapa rakan yg lain di masjid untuk belajar membetulkan iman dan meningkatkan iman disamping dapat belajar menghidupkan sunnah2 Nabi...Ada sesiapa yg nak join...jom beramai2..xkena bayaran pun, bawak baju, tuala, selimut dan bawak diri skali..
No comments:
Post a Comment