Monday, December 6, 2010

Azam tahun baru.........

Hari ni dah masuk tahun baru dlm kelendar islam...Setiap tahun baru ramai yang wat azam baru atau berniat untuk melakukan sesuatu, x kira la dari segi apa pun..ada yg berazam nak melakukan perubahan dalam hidup dari segi ekonomi, ada yg berazam nak meninggalkan tabiat2 buruk, ada yg berazam nak belajar lagi rajin..macam2 azam dan niat yang dibuat setiap kali masuk tahun baru..Tp yg menjadi persoalannya, adakah azam dn niat yg dibuat tahun2 sebelumnya dah tercapai atau sekadar melepaskan batuk ditangga.?ape2 aje...

Mengimbau semula pengorbanan yg dilakukan oleh org2 terdahulu..(Rasulullah dan Sahabat2)..jika kita baca sejarah penghijrahan mereka maka sedikit sebanyak kita akan mengetahui betapa tinggi pengorbanan mereka ssemua..dasarnya adalah satu iaitu menurut perintah Allah bagi menegakkan dan menyebarkan agama Islam...Mereka2 yg melakukan penghijrahan bersama Rasulullah adalah golongan yg mempunyai asas keyakinan dan iman yg mantap..Dipendekkan cerita, bila kaum muhajirin yg membuat penghijrahan disambut baik oleh golongan ansar yakni adanya hijrah dan nusrah maka tersebarlah Hidayah..

So, kita tanya balik la kat diri kita (aku la terutamanya), pengorbanan apa yg telah kita buat, penghijrahan apa yg kita tlah buat untuk agama kita..
Adakah hanya sekadar penghijrahan atau pengorbanan untuk melonggokkan duit dlam bank, atau pengorbanan yg dibuat untuk kekasih (khususnya yg bercouple2 ni) yg belum ada ikatan yg sah pun, atau ape2 aje lah...Berbalik semula pada azam dan niat tahun baru. Azam dan niat yg mcm mana kita nak buat terpulanglah kat diri masing2..bak kata pepatah, tepuk dada tanya iman..Ape2 aje..

No comments: